Kamarul Zaman Mamat

Namun di dalamnya, pengusaha sebuah spa di Bandar Seri Alam, Masai dekat sini menawarkan per­khidmatan ‘lebih’ iaitu khidmat seks menggunakan wanita warga asing.

Walau bagaimanapun, aktiviti tidak bermoral spa berkenaan tidak bertahan lama apabila dapat dihidu pihak berkuasa dan tengah malam tadi pengusaha dan pekerjanya menerima ‘tetamu’ istimewa, iaitu sepasukan polis yang menyerbu premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat (gambar) berkata, dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan 41 orang termasuk 36 wanita warganegara asing.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati, premis tersebut telah menjalankan kegiatan maksiat itu selama sebulan.

“Mereka yang ditahan terdiri da­ripada lima lelaki tempatan, 18 wanita Vietnam, Thailand (10), Indonesia (empat) dan Laos (empat) berusia antara 18 dan 37 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, antara barangan yang turut dirampas dalam serbuan itu ialah 24 keping kondom, minyak pelincir KY dan kertas dipercayai tercatat senarai langganan khidmat seks.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 55B (1) dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.