Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, jumlah dalam akaun tersebut menjangkau jutaan ringgit tetapi enggan menyatakan nilai sebenar.

"Kita sedang mengesan lagi di mana wang yang diterima diletakkan dan kami akan menyita akaun terbabit sama ada akaun peribadi atau melibatkan syarikat masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Himpunan Dua Roda (H2R) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dekat sini hari ini. 

Semalam, seorang individu bergelar Datuk berusia 64 tahun menjadi orang kedua ditahan SPRM selepas seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun ditahan kerana menerima wang berjumlah RM19 juta berkenaan dengan tujuan sama. - UTUSAN ONLINE