KUALA LUMPUR 20 Oktober 2016 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk
Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan Siti Aishah, 25, bukanlah bersifat andai­an tetapi dilakukan berdasarkan pe­nemuan serta siasatan terperinci PDRM.

“Dengar cakap kitalah (PDRM), bukan cakap orang lain. Jangan dengar cakap orang lain yang langsung tidak ada kena mengena dengan siasatan.

“Kita tahan dia (Siti Aishah) bukan sebab andaian, tetapi berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan. Jadi mereka boleh kata apa sahaja ke­rana jelas me­nunjukkan dia tidak diperdaya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenya­taan rakan wanita suspek itu dalam akhbar China Press hari ini yang me­ngatakan Siti Aishah telah diperdaya.

Siti Aishah
Siti Aishah

Khalid menegaskan bahawa wanita yang berasal dari Serang, Indonesia itu bersama seorang lagi warga Vietnam telah menjalani latihan di salah sebuah pusat beli-belah di ibu negara sebelum melancarkan serangan terhadap Jong-nam.

Ditanya sama ada pihaknya sudah menerima laporan penuh bedah siasat Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti punca kematian Jong-nam, Khalid enggan mendedahkannya.

“Kalau kami terima pun, PDRM tidak akan dedahkannya,” ujarnya.