Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam serbuan Ops Dadu kira-kira pukul 1.20 pagi di sebuah pusat snooker di Mak Mandin di sini, pihaknya berjaya menahan sembilan lelaki yang sedang leka berjudi.

"Polis turut merampas beberapa peralatan termasuk 11 buah tablet dan wang tunai berjumlah RM500 yang dipercayai digunakan untuk pertaruhan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk penganjur iaitu menjalankan perjudian berkomputer dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE