Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sindiket yang didalangi warga Sri Lanka tersebut dikesan menyeludup warga asing ke Australia dan New Zealand menggunakan laluan maritim di Klang, Selangor.

Jelasnya, sindiket ini dipercayai mula beroperasi sejak pertengahan tahun lalu.

“Tangkapan migran melibatkan 24 warga Sri Lanka dan 10 warga India. Daripada jumlah itu, 14 individu adalah lelaki, 11 wanita dan tujuh lagi adalah kanak-kanak.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini telah membeli sebuah bot pelancong dan dalam proses pembelian tiga buah bot enjin untuk digunakan menyeludup manusia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Tambah Mohamad Fuzi, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 kerana cuba dan keluar masuk melalui jalan tidak sah. - UTUSAN ONLINE