Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.45 petang itu, pihaknya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 28 tahun.

“Siasatan awal mendapati sindiket tersebut telah beroperasi kira-kira setahun dan mempunyai lebih 20,000 pemain dalam talian yang berdaftar.

“Dalam masa sehari, sindiket ini menerima pertaruhan sehingga RM120,000,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tambah Mazlan, kesemua suspek ditahan reman sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 serta boleh dipenjara tidak lebih lima tahun. - UTUSAN ONLINE