Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11.20 pagi itu, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu di sini dan polis turut menemukan syabu seberat 93 gram dan 600 biji pil ekstasi seberat 329 gram pada suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, tangkapan tersebut membawa kepada sebuah lagi serbuan di kondominium di Jalan SP1, Batu Caves dekat sini.

“Kita telah menahan tiga lelaki berusia 32 hingga 36 tahun dan merampas 3.69 kilogram serbuk ekstasi.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini bergerak aktif di sekitar Lembah Klang dan kesemua rampasan dadah boleh dibekalkan kepada 1,300 penagih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Adnan, kesemua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga Isnin depan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- UTUSAN ONLINE