Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 34 tahun yang baharu berjinak-jinak dengan sindiket pengedaran dadah itu menjadikan rumah terbabit sebagai stor penyimpanan.

“Menerusi tangkapan ini kita berjaya merampas 2,900 biji pil ecstasy dan 27,000 biji pil eramin yang dianggarkan bernilai RM500,000.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE