Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, susulan penangkapan itu, pihaknya turut merampas sejumlah barang kemas, wang tunai termasuk dalam mata wang asing, barangan berharga serta beberapa kelengkapan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM300,000.

Thaiveegan berkata, hasil siasatan mendapati pasangan tersebut terlibat dalam sekurang-kurangnya 20 kes curi dan pecah rumah di negeri ini selain 70 kes di seluruh negara bersama tiga lagi suspek lain yang kini diburu polis.

“Suspek pertama iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun memiliki banyak rekod berkaitan kes pecah rumah serta dadah manakala isterinya yang berusia 35 tahun dipercayai membantu suaminya menjalankan kegiatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek turut menyasarkan penghuni kondominium mewah termasuk warga asing dalam menjalankan kegiatan mereka. - UTUSAN ONLINE

ISWAN SHAFIQ ISA