Menurut Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed, suspek ditahan ketika memandu kereta jenis Honda Accord berwarna putih kira-kira pukul 8.30 malam.

“Suspek yang berasal dari Selangor telah diperiksa oleh anggota peronda polis namun tidak menjumpai apa-apa barang yang mencurigakan.

“Bagaimanapun, setelah pemeriksaan dibuat terhadap kenderaannya, pihak polis menjumpai satu paket plastik tertulis ubat terkawal atas nama seorang lelaki di ruang kecil tempat simpanan barang hadapan.

“Plastik berkenaan mengandungi sembilan paket kecil plastik lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis ketamin dan 10 biji pil eramin 5,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, suspek ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE