Azam Baki

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, bagaima­napun pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat mahupun penemuan baharu berhubung kes tersebut kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

“Seperti kes-kes lain, sudah pasti kita memerlukan masa untuk kami selesaikannya, jadi jangan timbulkan sebarang spekulasi kerana kes tersebut masih berjalan,” katanya.

Beliau mengulas­ gesaan seorang ahli ko­perasi tersebut me­­nerusi ruangan­ Fo­­rum Utusan Malay­­sia yang me­minta SPRM menyia­sat dana­ RM24 juta yang didakwa masih belum­ diterima Kota Mas.

Pada 6 Jun lalu, enam individu termasuk empat bergelar Datuk ditahan SPRM di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur kerana terlibat dalam isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Kota Mas.

Kesemua mereka yang berusia antara 42 hingga 68 tahun itu terdiri daripada empat Ahli Lembaga Kota Mas, seorang pembekal dan isteri kepada salah seorang ahli lembaga koperasi tersebut.

Mereka didakwa mem­perdaya sekurang-ku­rangnya 450 ahli ko­perasi tersebut apabila syarikat pembekal dilantik ahli lembaga koperasi terbabit dikatakan mengeluarkan invois pembayaran barangan bernilai RM30 juta sedangkan pembe­lian ber­kenaan sebenarnya tidak wujud.