Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, langkah itu  bertujuan untuk melindungi pengguna daripada menggunakan produk terbabit.

"Jabatan Kesihatan meminta KPDNKK untuk memperluas penguatkuasaan mereka dalam hal ini ke setiap daerah di Johor.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan masih ada kes seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Apresiasi J-Care yang diadakan di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE