Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mohd Zaid Abdul Jalil berkerusi roda di bawa oleh Pegawai Suruhanjaya 2
MOHD ZAID ABDUL JALIL berkerusi roda dibawa oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh agensi itu di London. Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Siasatan Suruhanjaya Pen­cega­han Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian hotel di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) makin panas apabila bekas Pegawai Khas kepada Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ditahan bagi membantu siasatan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

Muhammad Zahid Md. Arip, 51, ditahan kira-kira pukul 4 pagi hari ini selepas dibawa oleh sepasukan pegawai dari rumahnya di ibu negara ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 12.30 tengah malam.

Penahanan tersebut sekali gus menjadikan jumlah tangkapan meningkat kepada empat individu selepas tiga pengarah syarikat berusia 47 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama yang kini dalam tahanan reman sehingga 4 Ogos ini.

Kes berkaitan pembelian hotel pada tahun 2014 itu terungkai susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel mewah bernilai RM330 juta di Kensington, London oleh FIC sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan tangkapan baharu itu dalam Majlis Pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) SPRM di Hotel Ansa, Bukit Bintang di sini hari ini.

Bekas Pegawai Khas kepada be­kas Pengerusi Felda itu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah re­man pada pukul 2.15 petang dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman mem­benarkan perintah reman selama lima hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIC, Mohd. Zaid Abdul Jalil yang ditahan SPRM semalam turut direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di London.

Mohd. Zaid, 47, tiba kira-kira pukul 9.20 pagi dengan berkerusi roda dan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari.

Suspek tersebut yang difahamkan mengalami masalah sakit tulang belakang dan otot disiasat di bawah Seksyen 16 akta sama.

Dia ditahan kira-kira pukul 9.50 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas lebih 12 jam memberi keterangan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain