YAHYA ABD. RAHMAN
YAHYA ABD. RAHMAN

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahman berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan, dipercayai ibu dan bapa tiri mangsa serta pengasuhnya kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Siasatan awal mendapati kejadian ini (dera) sudah lama (berlaku) kerana kecederaan yang terdapat pada badan bayi berusia enam bulan itu adalah kecederaan lama.

SSehubungan itu, kita menukar siasatan daripada penderaan kanak-kanak kepada kes bunuh," katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Peringatan Polis ke-211 di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam, katanya.

Bayi perempuan itu meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi semalam selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera. - BERNAMA