Gesaan itu dibuat dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini susulan penyebaran video klip rakaman suara wanita tersebut yang berada di India meminta pertolongan rakyat negara ini menyelamatkan anaknya yang dikatakan didera suami.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alipicay berkata, rakaman suara wanita itu tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak Jumaat lalu.

"Wanita itu, Mymoon Beevi memberitahu bahawa anaknya, Muneera Abd Rahim Kader disyaki didera suaminya selepas usaha mendapatkan anaknya yang dipercayai menetap di Georgetown, Pulau Pinang sejak sebulan lalu gagal.

"Mymoon mendakwa turut dimaki hamun oleh menantunya itu serta pernah diugut supaya membayar pampasan untuk bertemu anaknya," ujarnya. - UTUSAN ONLINE