Mengikut pertuduhan, Sharnaaz yang juga popular menerusi drama ‘ Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada pemandu, Gous Ali dengan menumbuk mukanya di Kuala Lumpur Golf & Country Club  (KLGCC), Taman Tun Dr .Ismail di sini kira-kira pukul 5.30 petang, 22 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE