Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan yang dibuat pada pukul 9 malam.

Terdahulu, Mohd. Shafie tiba di pejabat SPRM di sini pada pukul 5.20 petang untuk memberi keterangan berhubung siasatan berkenaan.

Beliau merupakan Menteri KKLW dalam tempoh tujuh tahun itu, ketika penyelewengan dana sebanyak RM1.5 bilion didakwa berlaku. - UTUSAN ONLINE