Difahamkan lelaki itu ditahan pukul 12.30 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan lelaki bergelar Datuk yang berusia 61 tahun itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Menurut Dzulkifli, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman sejak 14 September lalu. - UTUSAN ONLINE