Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Setiap kali seludup untung RM400,000

KUALA LUMPUR 18 Mac – Kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras dari sebuah negara jiran berhampiran selatan tanah air dikesan semakin berleluasa dengan menjadikan laluan laut sebagai jalan utama membawa masuk barangan berduti tinggi itu ke negara ini.

Lebih mengejutkan, faktor tersebut bukan sahaja dipe­ngaruhi oleh permintaan tinggi di pasaran tempatan malah Malaysia turut dijadikan hub untuk mengeksport semula barangan berkenaan ke negara lain.

Malah difahamkan, setiap operasi penyeludupan, sindiket terbabit mampu mengaut keuntungan bersih mencecah RM400,000, bayangkan kegiatan ini dilakukan tiga kali seminggu.

Menurut sumber, kebanyakan rokok putih serta minuman keras yang diseludup dari negara jiran itu dibawa masuk menggunakan bot dan kapal selain laluan darat melalui sempadan di sebelah utara dan pantai timur negara ini.

“Kemudian sindiket ini akan menggunakan lorong-lorong tikus bagi mengagihkan barangan terbabit untuk memenuhi permintaan pasaran gelap di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

“Antara kawasan tumpuan penyeludup berkenaan memunggah barang sebaik sahaja berlabuh di negara ini termasuk di Johor se­perti Endau-Rompin, Pengerang, Batu Pahat, di Banting­ serta Sabak Bernam, Selangor dan Kuala Gula, Perak,” katanya.

Sumber memberitahu, antara sebab utama barangan itu mudah bolos ke negara ini adalah kerana sindiket berkenaan tahu bahawa mereka hanya perlu membayar 'tol' kepada anggota penguat kuasa bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan termasuk barangan dirampas.

“Kadang-kadang ada juga penguat kuasa yang tidak mengambil 'tol' sebaliknya merampas rokok dan minuman keras yang diseludup kerana barangan itu akan dijual semula dengan keuntungan lebih besar.

“Biasanya harga 'tol' dikenakan sekitar RM40,000, biasanya mereka akan bayar di tengah per­airan dan di darat jika ditahan, tetapi sekiranya bernasib baik mereka tidak perlu membayar apa-apa.

“Namun begitu, walaupun mereka terpaksa membayar penguat kuasa, sindiket terbabit masih mampu mengaut keuntungan besar,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain