Dalam operasi selama 4 jam bermula pukul 11 malam itu, lima suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun terbabit menggunakan taktik mengisi dadah campuran amphetamine dan ekstasi ke dalam paket minuman sebelum menjualnya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya merampas dadah jenis amphetamine, ketamin, eramin 5, dan ekstasi bernilai RM3,000.

"Semua suspek positif dadah dan ditahan reman sehingga Isnin untuk disiasat mengikut Seksyen 39 B, 39 A(1) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE