Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan penjualan loteri haram yang kebanyakan beroperasi di daerah ini khususnya kawasan Kenyalang Park.

“Justeru, fasa kedua penguatkuasaan menyeluruh memerangi judi haram terutama loteri haram sedang digerakkan.

“Pada minggu lalu mulai Isnin hingga semalam, polis telah menjalankan 33 operasi di 10 daerah melibatkan 30 serbuan loteri haram, judi di tempat awam (dua serbuan) dan judi siber (satu serbuan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 39 orang ditahan membabitkan 28 lelaki dan 11 wanita berusia 16 hingga 61 tahun termasuk seorang warga asing.

Dev Kumar berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE

Serbuan-serbuan dijalankan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Daerah:

1) JSJ IPK - 5 ( Kuching dan Padawan)

2) Kuching - 6

3) Padawan - 5

4) Sibu - 5

5) Miri - 3

6) Bintulu - 2

7) Sarikei - 2

8) Limbang - 2

9) Kota Samarahan - 1

10) Sri Aman - 1

11) Lawas - 1