Mohd. Akbar Telani, 30, dijatuhi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibaca di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Bagaimanapun, teman wanitanya, Nur Atiqah Mohd. Jalal, 29, membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Akbar dan Nur Atiqah didakwa bersama-sama memiliki kesemua senjata api tiruan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah, 5/20, Ampang dekat sini kira-kira pukul 3.55 petang, 27 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Nur Atiqah diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 November ini untuk sebutan kes dan lantikan peguam.

Mengikut fakta kes, anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menerima sebuah bungkusan yang dihantar oleh polis bantuan yang bertugas di KLIA mendapati bungkusan yang ingin dipos oleh Mohd. Akbar adalah senjata api selepas diimbas menerusi mesin pengimbas keselamatan di lapangan terbang berkenaan. - UTUSAN ONLINE