Individu terbabit yang dipercayai mencuri sebuah motosikal di kawasan pasar Simpang Empat sebelum kemalangan tersebut berlaku dikatakan melarikan diri selepas kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi.

Ketika kejadian, motosikal jenis LC135 yang dinaiki mangsa, Al Afiq Roshaidi,18, semasa dalam perjalanan pulang selepas meraikan sambutan Tahun Baharu di Pulau Pinang telah bertembung dengan motosikal individu tersebut.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Mati, Mata Ayer, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dalaman badan selain mengalami patah kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Wari Kiew memberitahu, keterangan daripada individu terbabit amat diperlukan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta JPJ 1987 dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTK) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE