Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias dalam satu kenyataan di sini memberitahu, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan berjumlah RM8,000 kepada AADK Cawangan Segamat.

Menurut kenyataan itu, tuntutan itu dibuat bagi kerja-kerja pembekalan untuk program AADK, sedangkan kerja itu tidak dilaksanakan.

"Suspek yang berusia 37 tahun ditahan di pejabat SPRM Segamat kira-kira pada pukul 3 petang tadi," tambah kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE