Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Seorang lagi suspek larikan kanak-kanak perempuan direman

Sorang lagi ditangkap
SEORANG remaja yang ditahan reman kerana disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Telok Kemang hari ini. - UTUSAN ONLINE


TELOK KEMANG 17 Ogos - Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari rumahnya di Kuarters Politeknik Port Dickson, Isnin lalu direman selama lima hari bermula hari ini.


Polis mendapat perintah tersebut ke atas remaja lelaki berusia 17 tahun dari Mahkamah Majistret Port Dickson kira-kira pukul 11 pagi tadi yang dikeluarkan oleh Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.


Penahanan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Rugiman Agus berkata, suspek ditangkap di sebuah rumah di Taman Margosa dekat Seremban pada pukul 10.45 malam tadi.


Sebelum itu, dua rakan rakan suspek yang merupakan penuntut di institusi pengajian tinggi diberkas pada pukul 4.45 petang kelmarin ketika sedang membeli tiket wayang di sebuah pusat beli-belah di Seremban.


Kanak-kanak tersebut, Faralisya Amani Fazil dilaporkan hilang dari rumahnya pada pukul 6.40 pagi ketika ibunya, Nur Asyikeen Ramli, 33, ingin mengejutnya pergi ke sekolah.


Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun ditemui selamat dalam keadaan tangannya terikat berhampiran lampu isyarat dekat pondok pengawal kuarters berkenaan selepas hilang selama 15 jam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain