Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan sejak Rabu lalu hingga semalam oleh pasukan khas.

Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan empat remaja berusia 16 hingga 18 tahun di Kampung Sungai Batu 1, Pedas di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2.10 pagi, 10 Mei lalu.

"Mereka ditahan kerana disyaki terlibat mencuri sebuah motosikal Honda EX5 di sebuah rumah di Kampung Sepri dekat sini, 8 Mei lepas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, tangkapan kedua pula melibatkan lima remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kampung Masjid Tanah, Chembong semalam kerana disyaki mencuri dua motosikal Honda EX5 dan Modenas Kriss di Taman Koperasi dan Taman Chembong Jaya pada 14 Mac dan 21 April lalu.

Beliau berkata, dalam kedua-dua kes, motosikal yang dicuri telah dileraikan komponennya manakala rangka kenderaan itu telah dibuang di kawasan semak dan sungai. - UTUSAN ONLINE