Serbuan ke atas premis tanpa lesen itu dilakukan pada pukul 12.30 tengah malam oleh pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, lima warga asing yang ditahan adalalah pekerja iaitu tiga lelaki (Indonesia), seorang lelaki (Myanmar) dan seorang lagi wanita dari Vietnam.

“Tiga lagi yang ditahan ialah pemain iaitu seorang wanita (Vietnam), seorang lelaki (Indonesia) dan seorang lelaki dari Nepal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Norhizam, selain tangkapan pihaknya turut merampas 37 unit komputer riba, seunit modem TM dan wang tunai berjumlah RM678.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke balai berdekatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 - UTUSAN ONLINE