Kesemua individu berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan ketika bermain tiga mesin judi simulator di premis tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata turut ditemukan dalam operasi itu adalah wang tunai berjumlah RM150 di premis tersebut.

“Kesemua mereka akan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak selain kesemua barangan tersebut dirampas.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. - UTUSAN ONLINE