Majistret Noor Aisyah Ahmad turut memerintahkan semua lelaki itu menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Semua tertuduh, A. Haresh Kumar, 20; N. Mugenthan, 32; S. Nageshvaran, 28; U S Kasavan, 20; S. Suriya Pragas, 32; N. Sanmugam, 32; B. Jieva, 28; G. Raja Rao, 32 dan R. Chandramathan Rao, 24, didakwa mengambil bahagian dalam satu pergaduhan dengan merusuh dan menyebabkan kecederaan antara satu sama lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan Pusat Hiburan Evolution di Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin di sini, kira-kira pukul 3.30 pagi pada 29 Jun lalu.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, tiga daripada tertuduh dan seorang lagi individu didenda RM300 selepas mengaku salah bergaduh pada hari yang sama.

Majistret Azureen Shahira Saufee Affandi turut memerintahkan Chandramathan, Kasavan, Mugenthan dan S. Ganapathiswaran, 32, menjalani hukuman penjara sebulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama dengan beberapa orang yang masih bebas melakukan satu gaduh gempur di hadapan Wad Kecemasan, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, kira-kira pukul 5 pagi, hari yang sama. - UTUSAN ONLINE