Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ini kerana sebelum ini terdapat beberapa kes penyeludupan dadah melibatkan kru penerbangan direkodkan.

"Kita memang mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan imej negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan pramugari Malindo Air berusia 38 tahun yang ditahan kerana cuba menyeludup dadah menaiki penerbangan yang berlepas dari ibu negara sebelum ditahan ketika cuba melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, minggu lalu.

Ujarnya, pihaknya kini sedang melakukan siasatan sama ada suspek terlibat dengan sindiket dadah dalam negara yang berhubung dengan Australia.

Semalam, Channel News Asia melaporkan pihak polis menerusi operasi Sunrise itu turut menahan enam lagi individu dipercayai ahli sindiket berkenaan dan merampas dadah jenis heroin, methamphetamine dan kokain yang dianggar bernilai AS$21 juta (RM62 juta).

Menurut laporan itu, Pasukan penyiasat mendakwa sindiket tersebut menggunakan kru kabin Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia untuk menyeludup dadah ke negara ini melalui Melbourne dan Sydney dan kru kabin tersebut me­ngakui bahawa itu adalah perjalanannya yang ke-20 ke Australia. - UTUSAN ONLINE