Suspek yang berusia 44 tahun itu dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Rosila Nik dan suspek kemudian dibawa ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sub kontraktor terbabit ditahan pukul 3.30 petang semalam ketika dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

Semalam, seorang penolong pengurus sebuah syarikat kontraktor berusia 27 tahun direman enam hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM261,000 dua tahun lalu.

Suspek yang ditahan di Pejabat SPRM Terengganu kelmarin dikatakan mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja membekal, memasang, menyusun dan menguji peralatan pancaragam sekolah atau brassband di sebuah sekolah di daerah ini bernilai RM261,000. - UTUSAN ONLINE