Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof menetapkan tarikh itu selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk menyemak semula dokumen berkaitan sebelum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 6 April lalu, tertuduh, Chan Kok Fong, 40, dan Law Hee Thian, 38, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

Kok Fong menghadapi dua pertuduhan memberi sogokan dan satu pertuduhan menawarkan suapan manakala Hee didakwa atas satu pertuduhan memberi suapan yang kesemuanya didakwa dilakukan di Coffee House Hotel Heritage, Tanah Rata antara pukul 6.15 petang, 8 April 2015 dan pukul 8.30 malam, 19 Mei 2015. - UTUSAN ONLINE