Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, berdasarkan keterangan saksi, tiga suspek yang memakai topi keledar serta berjaket mengacukan tiga pucuk pistol ke arah pengawal keselamatan dan pekerja sebelum melarikan 14 dulang emas.

“Berdasarkan keterangan saksi, suspek telah memecahkan ruang pameran menggunakan tukul besi sebelum melarikan diri dengan tiga buah motosikal.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu kelongsong pistol dipercayai tiruan. Bagaimanapun, kita akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE