Terbaharu, seorang pembantu perundangan dari sebuah universiti awam di sini kerugian sebanyak RM13,754 selepas memasukkan wang untuk tujuan pinjaman berjumlah RM80,000 yang hakikatnya tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada Rabu lalu, mangsa seorang wanita berusia 32 tahun melayari laman web onestopsolution.comdan terus berurusan dengan lelaki bernama Rapheal untuk pinjaman wang sebanyak RM80,000.

“Keesokkannya, mangsa melakukan dua transaksi berjumlah RM13,754 secara dalam talian kepada pihak lelaki berkenaan kononnya untuk urusan jaminan dan suspek menyakinkan mangsa bakal memperoleh pinjaman semalam.

“Bagaimanapun, ketika mangsa membuat semakan semalam dia mendapati telah ditipu dan segera membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE