Menurutnya, dia menerima keputusan siasatan pihak polis dan enggan memanjangkan isu tersebut.

“Berhubung kenyataan anggota bomba itu dilanggar adalah maklumat yang saya terima dan saya serahkan siasatan kepada pihak polis.

“Bagaimanapun, jika polis mendapati anggota berkenaan dipukul, itu mungkin betul dan saya terima keputusan tersebut,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE