Mereka dipercayai terlibat dalam cubaan melakukan serangan semasa upacara Penutup Sukan SEA (KL2017) dan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-60 di Dataran Merdeka, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada perancang utama cubaan serangan itu, Hajar Abdul Mubin, 25; dan tiga pengikutnya, Ahmad Omar, 52; Jaffar Ahmad, 26; dan warga Filipina, Abdul Syamir Dabilin, 25, selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, Hajar didakwa sebagai ahli pengganas Abu Sayyaf di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras antara 2010 dan 30 Ogos lalu.

Ahmad, Jaffar dan Abdul Syamir didakwa dengan sengaja menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kesalahan yang mana mereka terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu di MAG-03- Persiaran Pangsa Baiduri, Taman Desa Baiduri, Cheras, antara 2008 hingga 30 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE