Serbuan menerusi Ops Sarang itu dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, ibu pejabat polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bermula pukul 5 petang semalam hingga pukul 4 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun dan bekerja sebagai buruh serta penganggur.

Ujarnya, pemeriksaan di dalam sarang penagih tersebut menemukan dadah jenis heroin seberat 15.3 gram dan syabu (0.2 gram) daripada 12 suspek yang ditahan.

“Hasil siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri dan nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan RM570.

“Ujian air kencing ke atas semua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1983 kerana memiliki dadah berbahaya dan menagih dadah.

Dalam pada itu, Noorzainy menegaskan, polis akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik secara agresif ke atas sarang-sarang penagih dadah yang berada di daerah tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah yang di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE