Ketua Polis SPU, Asisten Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam serbuan pada pukul 6.30 petang Selasa lalu, kesemua suspek yang berusia 45, 48, dan 55 tahun dan bekerja sebagai buruh itu tidak sempat melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan berkenaan menemukan tiga paket lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 0.6 gram bernilai RM30.

"Hasil siasatan mendapati dadah berkenaan adalah untuk kegunaan sendiri manakala ujian air kencing yang dilakukan mendapati kesemua mereka positif MOP," katanya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE