Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zainal Samah berkata, lelaki berusia 20-an itu dipercayai tercedera kerana terkena tembakan oleh pekerja kilang pada hari kejadian.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya juga sudah menahan seramai 11 individu bagi membantu siasatan kes tersebut selain berjaya menemukan sebahagian emas yang dirompak yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM2 juta.

“Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 26 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan sejak beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE