Samirah Muzaffar, 44, yang merupakan bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Turut membuat pengakuan yang sama ialah dua remaja berusia 13 dan 16 tahun.

Selain itu, turut kelihatan mengikuti prosiding pertuduhan hari ini adalah penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bapa Samirah serta ahli keluarga tertuduh yang lain.

Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin yang ketika itu berusia 47 tahun ditemukan maut dalam kejadian kebakaran di bilik di rumahnya.

Bagaimanapun, siasatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia terlebih duhulu selain hasil bedah siasatan mendapati terdapat kesan melecur di beberapa bahagian tubuh selain dua kesan lubang dan kecederaan pada bahagian kiri kepala mangsa. -UTUSAN ONLINE