Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah berkuat kuasa hari ini sehingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan ketika kejadian, suspek berusia 43 tahun itu difahamkan berada bawah pengaruh dadah. Ujian air kencing turut mendapati lelaki berkenaan disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurut laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof , hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan berganda akibat objek tumpul di seluruh badan.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya telah dibawa ke Hospital Serdang, dekat sini oleh keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE