Pertengkaran antara dua kumpulan itu tercetus apabila Muhammad Takiuddin Halim yang mendakwa sbagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mendesak kepemimpinan parti bertanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tidak puas hati dengan desakan itu, beberapa penyokong parti bertindak menyergah Muhammad Takiuddin dan menariknya ke tepi.

Tindakan itu telah menimbulkan kekecohan apabila kira-kira 30 penyokong Muhammad Takiuddin yang turut membalas dengan tindakan agresif.

Ahli-ahli parti serta Polis Bantuan yang berada berdekatan cuba menenangkan keadaan dan memisahkan kedua-dua kumpulan itu.

Muhammad Takiuddin dibawa ke perkarangan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ditenangkan oleh beberapa ahli parti. - UTUSAN ONLINE