ADUN wanita berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, bekas ADUN tersebut dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang juga merupakan syarikat milik anaknya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor untuk permohonan reman esok. - UTUSAN ONLINE