Dalam kejadian tersebut, lapan pekerja kilang iaitu tujuh wanita warga Indonesia dan seorang wanita tempatan maut manakala 33 yang lain cedera.

Jurucakap polis berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heng Boon Aun di talian 011-3523 5498.

Akhbar pada 25 Oktober tahun lalu melaporkan lapan pekerja wanita maut manakala 33 lagi cedera parah selepas dua buah bas kilang terlibat dalam kemalangan di kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Juru arah utara di sini.

Kemalangan membabitkan bas dari arah sama itu menyebabkan beberapa mayat dan mangsa yang cedera bergelimpangan di atas lebuh raya selain ada yang tersepit di tempat duduk bas. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE