Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya juga akan mengambil maklum keperluan untuk menyegerakan tindakan dalam menangani situasi yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan keamanan.

“Insiden keganasan yang berlaku adalah sesuatu yang serius dan telah mencetuskan kebimbangan ramai terutamanya serangan kejam ke atas seorang anggota bomba ketika melaksanakan tugasnya.

“Memandangkan keseriusan dan sensitiviti berhubung perkara ini, saya telah mengarahkan supaya fail berkaitan dikendalikan di peringkat ibu pejabat di bawah Ketua Bahagian Pendakwaan, yang akan memaklumkan kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE