Di bawah seksyen berkenaan, jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, proses rakaman percakapan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor itu telah selesai.

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Laporan berhubung kenyataannya telah diterima dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata, hari ini tiga lagi individu ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 102 individu.

“Selain itu, daripada gambar saksi yang disiarkan, hanya dua individu sahaja yang tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan. Setakat ini, kita telah membuka empat kertas siasatan dibawah Akta Hasutan.

“Kita ingin menegaskan bahawa tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang sengaja mencetuskan ketenteraman awam. Oleh demikian, berhati-hati ketika menularkan perkara yang tiada kesahihan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE