Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan setakat pagi ini ialah seramai 99 orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua tangkapan dilakukan sekitar Lembah Klang.

“Kita sedang siasat sama ada mereka yang baru ditahan adalah sebahagian daripada 28 individu yang dicari sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE