Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai 83 orang individu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun berkata, kesemua yang ditahan dipercayai terlibat dalam insiden itu. 

“Setakat 8 pagi ini, jumlah tangkapan insiden kekacauan iaitu 15 orang dan kesemua mereka yang ditahan merupakan warga tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Majlis Penyampaian Diploma Kepolisan dan Penyiasatan kepada pelajar Kolej Unikop di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini - UTUSAN ONLINE