Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kelima-lima individu itu ditahan malam semalam sehingga tengah hari tadi.

“Sehingga kini, 21 individu yang ditahan sebelum ini telah disambung reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, tiada sebarang senjata dirampas setakat ini” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar khas di Ibu pejabat Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dakwaan dua penunggang motosikal dibelasah dalam insiden itu yang tular di laman sosial, Mazlan memaklumkan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil kepada pihak polis. - UTUSAN ONLINE