AZAM BAKI
AZAM BAKI 

Malah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki menegaskan, dakwaan terhadap individu lain juga mungkin akan dilakukan secara berterusan.

“Kita akan mendakwa dalam empat hingga enam orang. Kita akan bawa ke mahkamah selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan mungkin akan berterusan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perasmian Bangunan Baharu Kompleks SPRM Selangor di Seksyen 16 di sini hari ini.

Terdahulu, dalam usaha membuktikan kesungguhannya membanteras gejala ra­suah dalam kalangan anggota penguat kuasa melindungi aktiviti pelacuran di sebalik perniagaan rumah urut, SPRM sanggup membuka rumah urut gadungan (palsu) dalam operasi sulit yang memakan masa selama empat bulan.

Malah, berdasarkan siasatan pihaknya, di Selangor sahaja terdapat 307 rumah urut berlesen dan 98 tidak berlesen beroperasi di 12 pihak berkuasa tempatan pada tahun lalu. - UTUSAN ONLINE